Sunday, August 30, 2009

My Bahasa Malaysia story, the only one.

This, it was published in my school mag in my Form Four.



To many, I guess it would be something subtle enough to be mentioned, but I must admit to myself, how proud and touching it made me feel, when I noticed it being published as one the few articles, that year. Looking back, you (and myself) can be assured to be almost impossible to be handed out by my present self even if I would to squeeze completely dry out all of my brain juice.

So, I decided to preserve (by all mean not for purpose of showing off) this one & only Bahasa Malaysia language story.

Title : Mak, Ku Pohon Ampun


Aku masih ingat, wajah kedutan seorang perempuan tua yang telah ditelan masa hampir setengah abad. Sesungguhnya, segala-gala berlaku terlalu pantas, amatku tidak sangkakan seumur hidup. Memang sukar bagiku untuk menantap orang tua ini dengan secebis senyuman keriangan.

Segala takdir, kukira. Mak, aku ingin nafikan kerana semua ini terlalu membebankan buatmu, seorang insan uzur. Ku sepatuhnya tidak wujud dalam hidupmu.

Yangku tahu, aku dilahirkan ke dunia palsu ini sebagai anak yang serba kekurangan. Ini cukup membawa penderitaan tambahan bagimu. Aku tahu, manusia siapa yang tidak mengharapkan kemewahan dan kesempurnaan hidup yang bererti. Namun kau tak pernah runtuh dalam perjalanan pahit ini.

Sesungguhnya, kau kuanggap paling tabah dan tegap pendirianmu. Tapi maafkan aku, mak. Aku tak pernah menghargainya, aku tak pandai menyanjungi akan sikap dan nilai-nilaimu yang tinggi ini. Aku tak mengerti sewaktu itu. Aku budak biadap. Aku tidak fahamkan erti hidup ini.

Apa yang sepatut dilakukan, kutidak endahkan. Tegasku umpama keldai malas lagi degil yang hanya tahu makan dan tidur. Aku tidak mengerti, mak, aku tidak mengerti apakah gelora hidup ini yang merusuk dan memusnahkan identiti-identiti perangaiku yang sebenarnya. Maafkanku. Nafsu yang menguasai kehendakku pada hal tuhan tidak mengizinkannya. Aku tidak puas melihat kehidupan senang-lenang orang lain. Aku tidak mengira ia adalah keuntungan bagiku, tapi kemiskinan ini sekurang-kurangnya tidak payahku pertanggungjawabkan! Kaulah yang patuh kutuduhkan segala-galanya?

Hidupku boleh dikira tidak kompleks; dari kecil, ku hanya tahu bangun untuk berhadapan dengan hari-hari baru yang sia-sia. Tidakku risaukan apa yang perlu diisi perut, tidakku bimbangkan berapa butirkah beras yang masih berhuni di dalam tempayan di dapur burukmu. Sebaliknya, kau hanya leka dengan dua belah tangan lesumu demi untuk menyambung nafas kami dua beranak.

Sang suria yang gagah masih belum ingin menjenguh di garis ufuk timur, tapi kau telah melawat ke dapur mengerjakan masakan dan makanan untuk jualan pagi nanti. Aku patut membantu my tapi sebaliknya aku berat badan.

"Macam aku ni mengerah kau pula!". Kau hanya mengeluh tapi aku tetap merungut.

Oh! Memang tidak benar bagi aku untuk menyalahimu, mak. Semenjak ayah pergi menyahut panggilan Ilahi, kaulah yang terpaksa menanggung pikunya. Aku hanya sekadar berumur empat tahun ketika itu tapi aku masih kenangkan linangan air matamu yang menemani pemergian ayah. Entah mengapa ayah boleh menerima maut, aku tidak tahu. Kau terlalu sedih untuk memberitahuku. Hakikat ini sama sekali mengubah sikapmu selaku ibu yang periang dan penyayang kepada seorang yang pendiam dan tegas. Sekai-sekala, senyap-senyap aku melihat mu terduduk di dalam bayangan senja di suatu sudut sambil mata sayu mu merenung kosong ke arah bola mentari yang separuh tenggelam di bawah lautan biru.

Kau tekadkan hati yang telah rekah ditampar gelombang sedih yang kuat. Sekali apapun, kau tetap meneruskan perjalanan ini, mangharungi segala rintangan yang mungkin ada. Dari siang, kau memunggut mata pencarian dengan mencuci pakaian dari sebuah desa yang berdekatan. Selesainya, kau pula menghabiskan jahitan baju seluar orang lain yang sudi. Ada sahaja masa terluang, kau akan beredar kepada kerja-kerja kraftangan secara kecil-kecilan untuk menambahkan pendapatan.

Tibanya waktu persekolahanku sememangnya menggandakan lagi beban bagimu. Kau terpaksa bekerja kuat untuk menampung perbelanjaan tambahan ini.

"Nak, harap kau belajar bersungguh-sungguh, ya. Jadilah budak baik di sekolah, masa cikgu ajar, dengarlah dengan teliti. Jangan sekali-kali bergaduh dengan kawan-kawan. Kalau pandai, boleh naik sampai ke U, tau?"

Kau tetap tak lupa untuk menyematkan nasihat-nasihat dan pedoman ke dalam ingatanku walau sibuk sehari untuk bersama tugas-tugasmu. Itu sememangnya impianmu yang teragung sekali. Tapi sebaliknya, aku hanya pandang enteng terhadap pelajaranku. Aku menghampakan segala usaha mu dan menyelubungi cahaya penerang dengan sewenang-wenangnya. Malah, aku selalu menimbulkan berbagai masalah disiplin di dalam dan di luar sekolah. Aku mengabaikan tanggungjawabku sebagai seorang murid mahupun seorang anak yang menghormati pengorbanan orang tuanya. Oh! Mak, ku ingin pohon ampun dari mu. Sesungguhnya, ia amat melukakan kalbumu. Ia amat menggigit tangkai jiwaku apabila mengenangkannya.

Kini, aku telah faham keseluruhannya. Lantas, ini telah membangkitkan perasaanku untuk menggunakan segala daya, tenaga dan ikhtiarku untuk mencapai hala ke mercu kejayaan ini. Malangnya, kau tidak berpeluang untuk melihat sendiri hasil terakhir yang gigih ini. Kau telah meninggalkan aku terlebih dahulu buat selama-lamanya. Andainya kau masih sempat menunggunya, kau pasti senyum kebanggaan bercampur kegembiraan yang tidak terhingga untuk melihat aku berpakaian akademik sambil tercegat menyeringai bersama segulung ijazah terhormat di dalam genggamanku.


THE END.

10 more minutes from this moment, counting down towards our 52th National Days.




Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia.




p/s : If you ask me to reuse some of the phrases or vocabularies now, I would not be able to work out the same sentences anymore.


No comments:

49 (fortnight) DJ Song

Adverlets